senaman ketika musim jerebu

5 Idea Senaman Ketika Musim Jerebu

Musim jerebu ni kita memang kena kurangkanlah aktiviti outdoor. Saya sendiri suka berlari outdoor. Since dah udara tengah tak sihat (bacaan IPU 100 ke atas) eloklah stay at home je atau buat senaman gaya indoor saja.

senaman ketika musim jerebu

5 Idea Senaman Ketika Musim Jerebu

Antara senaman yang kita boleh buat ketika musim jerebu adalah:

(1) Tabata

Dalam senaman tabata biasanya ada banyak level. Dari level beginner sampailah level hard. So pilihlah mana satu level yang korang suka.

Biasanya ada banyak senaman digabungkan dalam 1 set tabata. Antaranya:

  • plank
  • high knee
  • jumping jack
  • squat
  • lunges
  • crunches

& banyak lagi. Boleh terus cari dalam Youtube mana-mana set tabata yang kita suka. Kalau untuk mereka yang baru nak mula buat tabata (8 minit saja), boleh try ikut yang Coach Anuar ni

Untuk yang sukakan lebih banyak kalori dibakar & lebih intense (7 minit saja), boleh follow video yang ni.

(2) Briskwalk

Untuk yang lebih suka bersenam lebih relax tapi tetap membakar kalori, boleh buat briskwalking ni kat rumah. Hanya 15minit pergerakan yang mudah untuk diikuti, kita ibarat berjalan sejauh 1 batu (~ 1.6km)

(3) Zumba

Untuk yang lebih suka pergerakan menari, pilihlah zumba. Ada rentak laju ada rentak sederhana. Pilih je nak yang mana. Antara pergerakan zumba yang saya suka follow adalah dari Youtube Teacherobik ni.

(4)Treadmill Run

Kalau ada yang xde treadmill kat rumah, boleh pergi ke mana-mana gym berdekatan untuk berlari di sini. Biasanya treadmill agak membosankan. Tapi, boleh je sambil lari tu, play smartphone bukak Youtube. Dalam setengah jam lari biasanya dah dapat 3km lari sambil khatam half movie.

(5) Hamster Run

Untuk yang masih suka berlari, jangan tak tahu, dalam rumah pun kita masih boleh berlari. Pastikan pakai kasut berlari yang sesuai. Boleh lari setempat / lari je keliling/ ulang alik dalam ruang tamu. Saya pernah lari setempat je dalam bilik tidur. Boleh guna apps Nike Run Club (NRC) setting indoor, rentak larian setempat kita tu akan di convert kepada jarak.

Walau pun cuaca tak berapa baik, kita sangat sibuk, usahlah dijadikan alasan untuk kita tidak bersenam ya.

Jom bersenam, untuk sihatkan badan & aktifkan otak yang cerdas.



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge