tingkatkan stamina

5 Rahsia Tingkatkan Stamina Atlet Larian Jarak Jauh Supaya Tak Pengsan Lagi

Fuh, siapa pernah berlari jarak jauh, sampai teramat giler rasa penat? Atau hampir nak pitam? Atau terpaksa pula pura-pura untuk pengsan?

:mrgreen:

Huhu, honestly said, sayalah orangnya tu. Dulu lah.. Ketika di bangku sekolah menengah rendah lagi.

Kisah Atlet Yang Pura-Pura Pengsan Lari Jarak Jauh

Kisahnya begini.

Saya ni memang asal usul pelari pecutlah. Fuyyooo… sprinter beb!

Hahaha, takdelah. Bukanlah hebat sangat, paling hebat pun wakil sekolah ke peringkat daerah jekla, itu pun untuk acara 100 meter & 400 meter.

Pastu, adalah ketikanya, atlet jarak jauh rumah sukan sekolah saya masa tu macam dah takde wakil. Cikgu pun suruhlah saya take part acara larian 1500 meter.. Waduh!!! Gigil rasa tau masa tu.

Biasanya, 1 pusingan padang sekolah menengah, cukup untuk 400 meter. Untuk 1500 meter, haruslah tawaf hampir 3 kali padang. Saya nih biasa 400 meter sekali pusing jek. Tetiba bila hari kejadian, nak kena compete dengan pelari jarak jauh lain, ku rasa sangat menggigil & tertekan.

Penat tau asyik nak kena pastikan pace laju bersaing sepanjang pusingan.

Hingga akhirnya, saya terpaksa pilih untuk pura-pura pengsan (ampun cikgu, saya memang tak larat) 😆

Merasalah diangkat oleh abang & kakak Bulan Sabit Merah, naik stretcher pergi ke bilik sakit.. kui kui kui dahsyat sungguh lakonan ketika itu (sebab takmo malu). Kalau kenang balik, memang memalukan tau. Huhu, ingat sampai mati rasanya peristiwa hitam nih  :mrgreen:

tingkatkan stamina

5 Rahsia Tingkatkan Stamina Atlet Larian Jarak Jauh Yang Dah Takkan Pengsan Lagi Walau Dah Beranak Pinak

Hihihi. Kita tutuplah cerita lama tadi. Kita bukak lembaran baru.

Alkisahnya, atlet tadi, sayalah tu, cuba kembali ke arena larian jarak jauh, ketika dah berumur 34 tahun & dah ada anak 3 orang. Itupun setelah insaf menjaga pemakanan & buat detox Shaklee lah. Saya bermula untuk kembali berlari jarak jauh (minimum 3000 meter) hanya setelah mengetahui tentang Virtual Run melalui rakan-rakan bisnes Shaklee.

Saya bermula dengan larian jarak jauh ni sekitar bulan Ogos 2018. Alhamdulillah, saya dah boleh berlari sejauh 5km tanpa henti dengan catatan masa 55 minit. Antara tips saya untuk tingkatkan stamina adalah:

(1) Elak & Kurangkan Minum Ais

Seriously, saya belajar tentang elak minum ais ni ketika saya di peringkat universiti. Abang angkat saya dalam aktiviti persilatan masa tu pesan,

” Nak jaga stamina, kena elak minum ais. Kalau selalu sangat minum ais, nanti mudah pancit”

Memang betul. Sejak saya mula tinggalkan minum ais, saya memang lebih lancar ketika bersilat. Pergerakan saya lebih laju & dah tak pancit lagi sepanjang sparing dengan partner.

(2) Berlari Sebelum Makan Berat

Kalau dah kita hentam makan nasi lemak/ mi goreng & yang seumpama sebelum berlari, saya jamin, memang cepat sangat kita boleh penat. Rasa berat betul nak berlari.

Jadi, kalau nak berlari tu, boleh alas perut dengan sarapan/ kudapan yang lebih ringan serta menyihatkan. Ada masa saya alas dengan air kosong jek, ada masa saya pilih untuk minum ESP

(3) Jaga Pernafasan

Nak berlari jarak jauh, kita kena pandai control pernafasan. Saya belajar teknik ni dari rakan sekolah dulu, antara atlet larian jarak jauh yang hebat.

Untuk bernafas ketika berlari, tarik nafas dalam-dalam & hembus nafas melalui hidung.

Sesekali boleh tarik nafas melalui mulut, tapi tetap hembuskan nafas melalui hidung.

(4) Cukup Warming Up

Jangan terus pecut berlari tau! Boleh cramp & terseliuh kaki nanti.

Jadinya, cuba untuk buat regangan yang cukup sebelum berlari & berlari perlahan-lahan sepanjang 500 meter hingga 1 kilometer pertama.

(5) Vitamin Tingkatkan Stamina

Yang ni paling penting. Terutama untuk mereka yang dah semakin berumur & beranak pinak macam sayalah. Atas faktor pemakanan, persekitaran & umur, banyak nutrisi dalam tubuh boleh menjadi semakin susut nilai.

  • Coenzyme Q10 (CoQ10)

CoQ10 adalah nutrisi yang semulajadi ada dihasilkan 10 kali lebih banyak di jantung berbanding di lain-lain organ dalaman kita..

CoQ10 ni penting untuk menyokong & memberikan tenaga pada jantung untuk mengepam darah. Semakin menginjak umur, penghasilan CoQ10 adalah semakin berkurangan.

Begitu juga jika tekanan darah semakin tinggi, paras semulajadi CoQ10 juga menjadi sangat rendah. Sebab itu, pakar nutrisi sangat menggalakkan pengambilan CoQ10 ini dari sumber suplemen.

tingkatkan stamina

Antara suplemen CoQ10 yang bagus diamalkan adalah CoQ-Trol Plus

Saya sendiri pilih untuk konsisten CoQ-Trol Plus ni seawal Januari 2018 lagi. Alhamdulillah, memang membantu sangat stamina saya lebih baik & saya kurang mengah ketika berlari jarak jauh.

cara beli shaklee
Berminat nak beli CoQ-Trol Plus ini menggunakan kad debit/ kad kredit tanpa caj tambahan? Terus klik sini untuk beli segera.
  • Resveratrol & Polifenol

Resveratrol & polifenol adalah antara nutrisi yang menyokong & membantu penghasilan tenaga berlaku pada kilang sel (mitokondria).

vitamin untuk atlet

Pengambilan suplemen seperti Vivix telah terbukti membantu ramai orang lebih sihat & bertenaga kerana kandungan resveratrol & polifenol yang premium ada dalam Vivix.

cara beli shaklee
Berminat nak beli Vivix ini menggunakan kad debit/ kad kredit tanpa caj tambahan? Terus klik sini untuk beli segera.

Sekiranya anda perlukan lebih info selanjutnya berkenaan vitamin untuk tingkatkan stamina ini / perlukan bantuan untuk mendapatkan vitamin Shaklee ini, boleh juga hubungi saya di 019-7646021 atau klik terus untuk whatsapp saya

pengedar shaklee

Rujukan:

    1. Family Health Modern Diseases | Causes, Symptoms And Prevention; Dr Bruce Miller DD, CNS; 2016; Oak Publication



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge