Recently banyak yang share pasal Virtual Run. Ada ke yang belum tahu apa itu Virtual Run?
Ok, jom saya kongsikan serba sedikit tentangnya ya 🙂
Apa Itu Virtual Run?
Berlari di mana-mana sahaja. Ikut suka kamu lah. Nak lari dalam rumah? Nak lari kat tepi jalan? Nak lari atas treadmill?
Boleh belaka!
Dalam Virtual Run, kita bersaing dengan diri kita sendiri. Bukan dengan orang lain 🙂 Bagaimana cara untuk menyertai Virtual Run ni?
Cara Menyertai Virtual Run Percuma & Berbayar Untuk Medal
Ok, untuk menyertai virtual run nih, ikut & fahamkan step di bawah ya:
- Install apps Run Tracker/ apa saja apps di smartphone yang boleh rekod jarak & masa pergerakan kita berlari
- Masuk website yang menganjurkan program Virtual Run seperti web42races.com & daftar untuk pilih run yang diminati
- Sertai run yang didaftar dengan merekod larian menggunakan run tracker apps tadi/ snap gambar di treadmill yang menunjukkan jarak larian & total masa telah dibuat.
- Upload bukti screenshot/ gambar rekod larian tadi ke web yang didaftarkan.
- Tunggu pengesahan dari website, anda akan terus disahkan berjaya / anda dah boleh tunggu untuk medal fizikal sampai ke rumah (untuk yang berbayar)
Setiap run ada tempoh untuk submission. Biasanya macam 3 hari minimum untuk jarak 3 km sebagai contoh, ikut dateline ini.
- Run yang percuma (free run) akan diberi E-certificate & e-badge logo
- Run berbayar serendah RM29.99 termasuk postage akan mendapat medal secara fizikal
Tak semesti join virtual run yang kat website tau. Boleh juga grab peluang sertai mana-mana saja Virtual Run yang diiklankan.
3 Kelebihan Menyertai Virtual Run
- Sibuk pun boleh berlari
- Ada anak ramai pun masih boleh berlari
- Motivasi untuk kekal aktif & sihat
Semoga info ini bermanfaat. Jom kita sama-sama konsisten berlari untuk sihat.
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548) Shaklee Products & Consultation 019-7646021 produkvitaminsemulajadi@gmail.com FB: Produk Vitamin Semulajadi
I have noticed you don’t monetize atletjuara.com, don’t waste your traffic, you
can earn extra cash every month with new monetization method.
This is the best adsense alternative for any type of website (they approve all websites), for more details simply search in gooogle:
murgrabia’s tools