sakit lutut

Rahsia Ibu Anak 3 Mampu Berlari Lebih 5KM Non Stop Walau Dulu Sakit Lutut

Siapa pernah sakit lutut, tapi nak sangat berlari untuk kesihatan? Kalau ya, anda senasib dengan saya suatu ketika dulu.

Saya ada beberapa sejarah hitam tentang sakit lutut ni.

Kisah Sakit Lutut Sejak Zaman Remaja

Yang pertama sekali ketika zaman belajar silat Cekak Pusaka Hanafi dulu. Saya tak warm up kaki betul-betul. Ada part wajadiri silat, saya kena acting sebagai penyerang yang menggunakan kaki untuk buat reverse kick. Salah landing, end up kaki saya terkehel & lutut agak dislocated. Sakit sangat-sangat. Berurut juga, namun kesannya sentiasa terasa sampai dewasa.

Kali kedua, ketika hamilkan anak sulong kami.

Saya mengalami sakit lutut yang teramat sangat sehinggakan saya sangat susah untuk turun solat selepas rukuk.

Mungkin sebab beban yang tiba-tiba bertambah ketika hamilkan anak pertama. Bayangkan masa anak dara berat 45kg je kan, Tiba-tiba mengandung sampai cecah 60kg. Memang sakit yang amat lutut ku. Zaman tu saya belum kenal Shaklee apatah lagi segala vitamin untuk ibu hamil

Rahsia Mampu Berlari Lebih 5KM Tanpa Henti Walaupun Pernah Sakit Lutut

sakit lutut

Sebenarnya tiadalah rahsia sangat.

(1) Latihan

Saya sangat percaya, setiap atlet tak kiralah untuk apa jua bidang sukan pun, latihan yang intensif sangat membantu.

Saya bermula dengan lari secara perlahan-lahan, orang kata “pace leha-leha” gitu. Saya start dengan lari 2-3 km tanpa henti. Saya banyak join virtual run juga sebelum betul-betul aktif berlari dalam Fun Run kat luar tu.

  • Fun Run pertama – 3.5km (2018)
  • Fun Run kedua – 5km (September 2019)
  • Fun Run ketiga – 6km (November 2019)

In shaa Allah lepas ni nak target 10km pula, & marathon series (HM & FM).

(2) Deep Breathing

Saya amalkan senaman pernafasan yang betul sepanjang berlari. Bernafas penuhkan ruang udara di dalam perut, dan lepaskan dengan kempiskan perut.

Tarik nafas boleh melalui hidung/ mulut, yang terbaik apabila nak hembuskan nafas tu keluar, banyakkan guna hidung.

Kalau kerap guna mulut, mulut akan cepat kekeringan & kita mudah haus.

(3) Usaha Turunkan Berat Badan

Banyak faktor kenapa lutut kita boleh sakit. Selain faktor penyakit radang seperti gout & lain-lain, berat badan menjadi faktor utama lutut boleh sakit.

So, usahakan jaga berat badan, buat Detox dulu ke.

Amalkan suku suku separuh.

(4) Vitamin Untuk Sakit Lutut

Yang ni penting juga. Saya sendiri amalkan beberapa vitamin yang membantu kesihatan lutut saya. Antaranya:

Paling ketara adalah kesan dari Collagen Powder tuh.

Kolagen powder Shaklee ni sangat premium, kualiti yang terbaik, boleh tengok demo ini.

Nak tahu banyak lagi pasal vitamin untuk sakit lutut yang saya ambil? Boleh je terus klik wasap saya kat bawah:

pengedar shaklee



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge