tips tambah tenaga

Selalu Letih & Kurang Fokus | Tips Tambah Tenaga Untuk Kekalkan Prestasi Sukan

Sebagai atlet sukan, pemakanan yang cukup nutrisi memang sangat membantu dalam kekalkan prestasi pada tahap yang optimum.

Nutrisi yang cukup bukan saja penting untuk kesihatan otot, malah sangat membantu untuk tubuh lebih sihat & sentiasa bertenaga.

Nak tahu tak, ada cara & tips untuk tambah tenaga sesuai untuk diamalkan oleh para atlet sukan!

tips tambah tenaga

5 Tips Tambah Tenaga Untuk Atlet Buat Atlet Yang Selalu Letih & Kurang Fokus

(1) Dapatkan Tidur Yang Merehatkan Setiap Hari

By right tidur yang lena tak semestinya tidur yang lama masanya. Tidur yang lena tu, bila kita bangun pagi, kita rasa cergas.

Cuba tidur seawal jam 10 malam, dan cuba untuk bangun pada jam 4 pagi. Susah nak tidur yang lena waktu malam? Try antara yang berikut:

  • lakukan latihan tubi fizikal pada waktu petang/ awal malam
  • elak tidur di siang hari
  • minum segelas susu suam sejam sebelum tidur
  • ambil pil kalsium yang lengkap dengan vitamin D & magnesium seperti Ostematrix sebelum tidur

(2) Cukupkan Keperluan Makan Karbohidrat Yang Sihat

Karbohidrat adalah ibarat petrol/ pemberi tenaga utama untuk tubuh atlet. Karbohidrat ringkas dari makanan akan ditukarkan kepada gula (glukosa) & ditukar kepada glikogen untuk disimpan dalam otot.

Apabila atlet menjalankan latihan, glikogen tadi akan ditukarkan menjadi tenaga untuk digunakan. Sekiranya latihan dijalankan selama 90 minit, glikogen adalah mencukupi untuk bekalkan tenaga yang diperlukan.

Antara karbohidrat yang bagus:

  • pasta
  • roti serat penuh
  • cereal
  • buah & jus buah
  • sayur

(3) Elak Makan Makanan Manis & Berkanji 30 Minit Sebelum Bersukan

Makanan jenis ini hanya mengakibatkan berlakunya dehidrasi dengan cepat

(4) Cukupkan Keperluan Cecair Dalam Badan

Bila badan tak cukup air, sel akan mudah dehydrated (kekeringan) seterusnya mengganggu prestasi. Atlet kena cukup minum air secara kerap.

Boleh juga ikhtiar dengan pengambilan Performance Drink ni. Minuman kecergasan yang kaya dengan sumber elektrolit lengkap untuk mencegah kehausan teruk & dehidrasi.

(5) Pastikan Pengambilan Protein Yang Mencukupi

Protein tidak memberikan tenaga yang banyak secara langsung, tapi, protein sangat penting untuk kekalkan prestasi otot.

Setiap 1 kg berat badan kita perlukan lebih kurang 0.8 gm – 1.4 gm protein. So kiraan jumlah berat protein yang diperlukan adalah bergantung pada berat badan atlet.

Pilih protein yang lebih lean supaya tidak mengambil lemak & kolesterol secara berlebihan. Antara sumber protein yang bagus:

  • ikan
  • telur
  • susu
  • daging tanpa lemak
  • kacang soya

Boleh juga amalkan protein soya berkualiti tinggi seperti Energizing Soy Protein (ESP) ini. ESP bukan saja membekalkan sumber protein yang sihat, malah ESP juga membantu memberikan daya fokus & sumber tenaga yang lebih lama kerana index glisemik ESP adalah rendah (39).

vitamin untuk atlet

Semoga tips ini bermanfaat.

Berminat dengan mana-mana vitamin/ suplemen Shaklee? Boleh hubungi kami di 019-7646021 atau klik untuk wasap kami untuk respon yang lebih pantas.

pengedar shaklee

Rujukan:

  1. Sporting performance and food    (https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/sporting-performance-and-food)
  2. 5 Nutrition Tips for Athletes (https://www.webmd.com/fitness-exercise/features/nutrition-tips-athletes#1)

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

One comment

  1. I see you don’t monetize atletjuara.com, don’t waste
    your traffic, you can earn extra bucks every month with new monetization method.
    This is the best adsense alternative for any type of website (they approve all websites), for more details simply search in gooogle: murgrabia’s tools
    BestKai recently posted…BestKaiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge