silat cekak pusaka hanafi

Tak Berani?Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi Tingkatkan Potensi Dalam Diri

Saya dah lama tak share tentang aktiviti martial art yang saya ceburi sejak 2002 lagi.

Di sebalik keyakinan diri dalam apa jua yang saya lakukan, sebelum sentuh bab lillahi Taala, sebenarnya saya berikhtiar tingkatkan potensi diri dengan menceburi seni bela diri, Silat Cekak Pusaka Hanafi.

silat cekak pusaka hanafi

Tingkatkan Potensi Diri Dalam Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi

Sebelum saya sentuh lebih tentang bagaimana potensi diri dapat ditingkatkan, saya nak cerita serba sedikit tentang senibeladiri yang berkualiti lagi bertaraf dunia ini.

Silat Cekak Pusaka Hanafi adalah satu-satunya silat yang telah mencipta rekod dunia dalam The Largest Silat Lesson, dengan seramai 12,393 serentak membuat persembahan silat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur (29 Ogos 2015) di bawah pimpinan Pewaris Mutlak Silat Cekak YM Syeikh Dr. Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi.

Ya, saya adalah salah seorang pencipta rekod tersebut bersama suami, 2 adik kami & para sahabat kami yang lain. Alhamdulillah, walau kami dari negeri berlainan & ada yang dari luar negara, jarak bukanlah penghalang untuk kami dapat berkumpul & membuat persembahan secara serentak.

Silat Cekak Pusaka Hanafi Melatih Untuk Berani

silat cekak pusaka hanafi

Silat ini yang uniknya, tiada berkuda-kuda apatah lagi bunga-bunga. Hanya berdiri lurus & terus mara ke hadapan untuk berhadapan dengan musuh.

Kami dilatih untuk tidak berundur, tidak mengelak ke kiri mahupun ke kanan, malah hanya terus maju ke hadapan.

Kalau nak tahu lebih banyak lagi boleh terus ke laman web rasmi Silat Cekak Pusaka Hanafi 

Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi Membentuk Keyakinan Diri

Pertama kali saya sendiri terlibat dalam wajadiri silat cekak adalah sekitar tahun 2004, di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Banyak ups & down sebenarnya.

Sebab wajadiri ni melatih untuk teamwork serta keberanian untuk bertanding membuat persembahan silat yang terbaik di kalangan yang terbaik. Kami juga bertempur emosi serta sejauh mana semangat persilatan itu ada dalam diri.

Alhamdulillah sejak dah pencen bertanding, tak pernah lagi semangat wajadiri tu hilang dalam diri sebab ada je adik-adik lain yang meneruskan legasi kami.

Yang terkini, tak sabar nak menyaksikan kemenangan adik-adik skuad wajadiri UTM Skudai & skuad sulong Kolej Vokasional Azizah, yang bakal bertanding pada 23 Mac 2019 ini.

Didoakan juga yang terbaik buat semua kontinjen yang lain!

Jumpa anda di Shah Alam!

silat cekak pusaka hanafi
Alhamdulillah melalui silat ini juga, keyakinan selalu ada untuk terus menuntut ilmu & berjaya dalam bisnes



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge